SeLaMaT DaTaNg Ke BLoG SaYa

SeLaMaT DaTaNg Ke BLoG SaYa
Assalammualaikum SeLaMaT DaTaNg Ke BLoG SaYa

Friday 11 January 2013

Bertemu Rakan Di BSN

salam.selamat malam (Oyasumi nasai)

Korang tengah buat apa tu?
ehh ,,mestilaa korang tengah baca blog aku kaan hahaha...

ok...harini ..aku nak cerita sikit...sikit?tak tak tak..banyak laaa biar tak larat nak baca hahaa...

harini (11.01.2013) aku pergi ke BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN) hehee...mesti korang
tertanya -tanyakan kenapa aku pergi ke situ?hahaa.....act aku pergi ke situ sebb aku nak beli no pin UPU..dan bila aku pergi jer kat bsn tu..mula2 aku terserempak dengan USTAZAH aku sewaktu
aku sekolah kt tg malim..aku terus bertanya khabar kat  ustazah dan tanya
USTAZAH SIHAT? hehee...lepas tu berbual2 laa sikit...bla bla bla blaa~~~~
lepas jer aku berbual dengan ustazah..then aku trus berjalan ke arah BSN....dari jauh aku dah perasan ada seorang kawan aku dari sekolah rendah hingga sekolah menengah..dia terkejut..sebb tengok aku hehe..sebb sebelom tu ..aku ada kata dgn dia..*nnti kalau terserempak kat BSN tegur2 laa* hehe..bila aku sampai jer kat dia...aku berjabat tangan..* dah macam hari raya pulak* hehe.....lps ..dh bersalaman n berbual..aku trus masuk dalam bsn tu..tanya kat orang kaunter tu..*ASSALAMUALAIKUM ,TUMPANG TANYA ..MACAM MANA NAK BELI NO PIN UPU UNTUK LEPESAN SPM yer...*then orang kaunter tu pon bagi laa aku satu slip untuk diisi.....lps tu aku ambik no untuk menunggu giliran aku dipanggil ..dah laa ramai orang..maklumlaa sebb time tu PETANG kot...:)hehe..lps aku bosan menunggu ..aku keluar dari bank tu..then sembang2 dgn kawan2 aku....*MACAM MACAM AKU CAKAP*hehe..yelaa..lama kot tak jumpa..hahaa..then ,,aku masuk semula dalam bank tu..sebb aku takut dah terlepas ker belom no giliran aku tu hehe...


Huh...penat ..LEPAK LUU BRO>>>>

ok..segar sudah hahaa..

lepas jer aku menunggu giliran aku tu..dalam hati aku berkata*kenapa laa lama lagi no aku* penat..dan sejuk ...then datang seorang kawan lama aku jugak.. dia datang dgn trip dia laa..hehee dah macm konvoi pulak ada trip2 ni..hehee..lps tu aku pandang belakang..kebetulan dia pon pandang aku..lps tu bersalaman laa..dia cakap kt aku *KAU KENAL AKU LAGI TAK* hehee..aku jawablaa mestilaa kenal hahaaa...
.....................................

ehhh..sedar tak sedar aku belom bagitahu lagi kan no giliran aku tu brper hehee.....okay2..no giliran aku tu..1215 ..perghh cantik no tu..haha..tu just no giliran jer..bukan no yg bukan2..hahaa

KAUNTER BERBUNYI*1215 kaunter 3........yesssss no giliran aku tu hehe...aku trus jer smpai kat kaunter then bayar no pin tu..setelah lama aku menunggu ..baru dapat pergi ke kaunter hahaaa...smpai dah sikit orang laa time tu..bsn pon nk tutup pon ..:)..dan bila aku dah selesai berurusan ....
 aku bersalaman dgn kawan2 aku..aku cakap laa *oklaa yer...aku nak balik dulu ni *hehee...kawan aku jawablaa balik... dia kata*hehe..ok2..dah boleh masuk UNIVERISITI kan..* AMIN!!!!insyaAllah aku dapat masuk universiti..:)

fuhh..akhirnya sampai jugak kemuncak cerita aku ni kan hahaa..
SEGALA KENANGAN MANIS AKHIRNYA DAPAT JUGAK DI TEBUS DENGAN BERJUMPA KAWAN2 AKU :)....
oklaa yer ....sampai disini jer dapat berkongsi dan bermadah bersama hahaa...kalau ada masa dan rezeki aku update lagi..
TUNGGU DAN TERUS MENUNGGU hehee..:) seeee yaaaaaa..
SALAM.


SEKIAN:).

Sunday 6 January 2013

STORY ABOUT HACHIKO-SAD STORY

SALAM..aku nak cerita sikit pasal seekor anjing yang setia terhadap tuannya..


                                         

Seekor anjing yang diberi nama Hachiko merupakan haiwan lagenda Jepun dizaman 1920-an. Setiap hari Hachiko akan menunggu tuannya pulang dari 
bekerja di stesen kereta api Kisah ini mungkin menyebabkan anda mengalirkan air mata. Kisah tentang kesetiaan seekor anjing yang sentiasa setia menunggu tuannya walaupun 
hakikat sebenar tuannya telah pun meninggal dunia. Biarpun ia seekor haiwan, namun kesetiaannya itu telah mendapat liputan meluas khususnya di negara Jepun.

Susuk tubuh yang Anjing baka Akita Inu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923,
 Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya.
 Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama ‘Ko’ 
 yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud “Anak”.

                                                     


Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya.
 Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko 
selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko 
sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di  kota Tokyo.
Dan pada  tanggal yang bersejarah inilah segala-galanya bermula…
Ini membuktikan bahawa perancangan manusia takkan pernah sama dengan Tuhan…
21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja.
Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko.
 Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno,
telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko…. Hachiko hidup dengan saudara Ueno
dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya,
tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya…
Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati…. )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi
melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa…
Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya,Kikuzaburo berasa kagum 
dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi
 profesor, yakitori.
Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total.
 Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup 
ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian.
Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko
selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.
                                     
Salah satu posisi Hachiko menunggu tuannya di Stesen Shibuya yang sempat dirakam.
Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno.
 Dia kebetulan melihat “pemandangan” menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang 
duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana
 Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang
 Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
                                     
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. “Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years” adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.
                                    
Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami 
kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935.
 Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya
 yang kini dinamakan sebagai  PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah
 duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini 
terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko Odate.
                                          

OK.....Itu Saja Laa yang dapat diceritakan :)..kalau ada masa ..insyaAllah..aku akan update lagi...
SEKIAN...



ONE LITRE OF TEARS


                                               Fail:1 litre of tears series.jpg













1 Litre no Namida (1リットルの涙 Ichi Rittoru no Namida?, lit. "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears) merupakan drama TV Jepununtuk Fuji Television mengenai sebuah kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.
Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diter bitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namidaitu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.

SINOPSIS

Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakitataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.
Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.
Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.

                                     

                                   

Saturday 5 January 2013

TeKa TeKi laaa Dulu hahahaa

PERAH OTAK!!!! ;)


1)Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.

2)Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.

3)Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

4)Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.

5)Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

6)Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.

7)Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

8)Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.

9)Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

10)Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.

11)Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.

12)Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.


HAHAHA!!!!!okay cukuplaaa smpai disini saja SEGMEN TEKA-TEKI ........:)

JUST LAUGHING............



Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH!!!!


lawak2 lol! lol! Laughing Laughing


ALKISAH LAWAK hahaa

Gajah Mati

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


LAWAK2...hahaa

3. Fotosintesis

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!
OK SAMPAI SINI SAJA KITA MELAWAK ehh hahaa..
SEKIAN!!!

Friday 4 January 2013

PeTiK GiTaR

Salam..katolohello!!!ok tajuk  harini aku nak cerita sikit pasal masa lapang aku hohoh...kira macam HOBI gak laa .waktu bosan melanda aku suka main gitar dan  aku ada gitar akustik fender ..first lagu yang ..aku belajar lagu carta hati..sebb intro dia senang jer hehe...then aku main lagu sudah cukup sudah (lead)..goreng kaw 2 punya hahaaa..lagi satu ..aku suka dgr lagu genre pop,indie dan balada jer :)genre selain drpda tu..aku suka nasyid.....sebb dpt tenangkn hati kita ;)

huuuuuuuu    LEPAK JAP!!!!
pd suatu hari. bila aku main semua lagu tu..aku timbul satu idea yang bernas hehee..aku nak reka sebuah lagu yang berjudul (IRAMAKU) lirik lagu ..sepenuhnya aku yang tulis hahaa..then aku cari kord yang sesuai dan aku try mainkan lagu tu..sedap gak..hohohoh tiba2 aku rasa macm nak reka lagi lagu sendiri kalau boleh ada orang invite satu event laa hehee....

 RELAXX DULU>>>>>>

 Selain daripada gitar ..aku ada gak alat muzik piano ..dan aku boleh jugak main alat piano sebenarnya...tpi tak bnyak sngt lagu laa yang boleh hafal kordnya..hahaa..aku biasa main lagu..sonata musim salju,kenangan terindah dan my heart will go on..itu pon sebb tngok kord hehe.....tpi seriously klo kita reti main alat muzik..kita pasti akan rasa bangga akan diri kita.dan kita jgn mudah putus asa....bak kata pepatah..DI MANA ADA KEMAHUAN,DISITU ADA JALAN....heeee..


oklaa..setakat ni jer aku nk share ..klo ada masa lagi aku upload ok...tq kerana mendengar hehe......